Welcome to DUNIAKU CERITAKU Official Blog. You can +Follow or go back +Dashboard
DUNIAKU.. CERITAKU..: Buatmu teman...

Buatmu teman...


Aku sedih.Bilakah akan diikat dengan sesuatu yang pasti.Itu yang aku tak pasti.Biarlah kecintaan ini terarah padaMu ya Allah.

Jodoh itu rahsia Allah.Bila tiba masanya,ia akan hadir.Bersabarlah dan perbaiki dirimu dalam menunggu puteramu.

Sabar itu memang indah tapi payah.Aku ingin bangun dan merasakan bagai satu tanggungjawab untuk membahagiakan pemberi pinjaman rusukku.

Sesuatu yang sukar dicapai itu lebih bermakna.Itulah umpamanya kau bersabar dalam menunggu puteramu.Kita hanya mampu merancang tapi Allah Maha Perancang.Perancangan Allah itu hebat dan unik.Mungkin Allah sedang menyediakan ruang untuk kau kembali padaNYA.Berilah hatimu kepada Allah,Allah akan memberikan hati seseorang kepadamu.Kau akan lebih bahagia kerana memiliki cinta Allah dan cinta manusia.

Ya,aku merancang tapi rancangan aku hanya rancangan.Aku sentiasa menanti ruang itu.

Wahai teman,aku juga sepertimu kerana aku manusia biasa.Ingin mencintai dan dicintai.Mengharap cinta hingga ke syurga.Sungguh aku mendustaimu jika kukatakan aku tidak kesunyian.Tetapi bersendirian ini membuatkan aku bermuhasabah diri.Aku leka dengan cinta manusia sedangkan sepatutnya aku lebih dekat dengan pemberi cinta itu.Aku juga inginkan cinta tapi biarlah apabila cinta itu datang,ia membuatkan cintaku padaNYA semakin bertambah.Ruang bersendirian ini aku gunakan untuk memperbaiki diri menjadi seseorang yang lebih baik.Aku anggap bersendirian ini sebagai ujian untuk aku menilai diriku yang dahulu dan mempersiapkan diri aku supaya lebih baik untuk pasangan tulang rusukku.Aku memilih untuk percaya bahawa setiap kejadian itu berhikmah.Tiada apa yang mampu kuperkatakan kerana aku juga belum bertemu dengan pasangan tulang rusukku.Apa yang boleh kuperkatakan,bersabarlah dan jangan risau jika kau masih belum berpunya.Jodoh itu rahsia Allah dan telah ditetapkan sejak azali.Usah kau risau tentangnya kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buatmu.Ia akan tiba bila masanya.Oleh itu,marilah kita berdoa supaya dipertemukan dengan jodoh yang baik dan mampu membawa kita ke jalan yang diredhai Allah.Amin.



p/s:Entri ini khas buat seorang teman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...