Welcome to DUNIAKU CERITAKU Official Blog. You can +Follow or go back +Dashboard
DUNIAKU.. CERITAKU..

Bantu Aku Untuk Redha





"sesetengah perkara itu sebenarnya sangat sukar untuk dilupakan"


Berjalan seiring waktu
Membuat aku sedar masa itu sudah lama berlalu
Bukan mudah untuk menguatkan diri
Bukan mudah untuk menerima andai bukan itu yang dipinta

Redha
Nampak mudah tapi sukar untuk ditunaikan
Aku tidak meminta yang lebih
Bantulah aku untuk redha
Bantulah aku untuk bangkit semula
Bantulah aku untuk merelakan walau diiringi air mata
Bantulah aku untuk redha dengan segala yang terjadi
Bantulah aku untuk belajar menerima sebuah hakikat

Aku tidak meminta waktu diputar semula
Yang aku pinta
Keredhaan aku dalam menerima setiap apa yang berlaku

Kuatkan aku bahawa keputusanNYA adalah yang terbaik buat diri ini.

Ya Allah, I am not always strong.



Dugaan mematangkan kita.Dugaan juga sebagai tanda kasih Allah kepada hambanya.Aku tahu itu.Tapi aku sekadar insan biasa.Walau sekuat manapun aku,satu masa kekuatan itu hilang.Dan masa itu sudah tiba.Aku sudah tidak mampu mengukir senyuman bagi menyembunyikan kedukaan.

Bila diuji berulang kali,ketahuilah bahawa aku sudah tidak mampu lagi.Kekuatan diri sudah tiba di tahap minimum.Mungkin juga sudah kosong.Hati dah tak mampu mengatakan apa-apa pun.

Umpama sebuah bangunan yang menanti waktu untuk roboh.Ditimpa pula ribut taufan.Ditimpa lagi pokok yang tumbang.Akhirnya,bangunan yang hampir roboh itu sudah tidak mampu berdiri teguh ditimpa bermacam-macam benda pada waktu yang sama.Hanya menunggu masa untuk jatuh.Begitulah aku.

Entahlah.Segalanya buntu.Aku yakin ada jalannya.Tapi aku tidak nampak sebarang jalan pun.Entahlah.

Semoga Allah memberi jalan.Semoga dapat ditiupkan kekuatan yang telah hilang dalam diri.Semoga kan muncul hikmahnya.Amin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...