Welcome to DUNIAKU CERITAKU Official Blog. You can +Follow or go back +Dashboard
DUNIAKU.. CERITAKU..: Bulan

Bulan






Kurenung dada langit kala malam menjelma
Sinar bulan itu menerangi malam yang kelam
Bulan itu seperti kamu
Cahayanya yang indah menerangi alam
Hadirnya memberi sinar buatku
Namun tak mampu untuk digapai
Aku hanya mampu melihat dari jauh
Dan tak mungkin kau menyedari kehadiran aku
Kerana kau ditemani bintang-bintang yang berkelipan
Sedangkan aku hanya sebutir pasir di pantai
Namun 
Aku sudah bahagia hanya sekadar melihat kamu
Walaupun jauh,aku sentiasa menanti kehadiran sang bulan
Untuk menyinari kembali hidupku
Kerana bayangnya sentiasa mengekori aku
Aku rindu bulan itu
Aku rindu kamu

Karya
~FSY~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...