Welcome to DUNIAKU CERITAKU Official Blog. You can +Follow or go back +Dashboard
DUNIAKU.. CERITAKU..: Anda dalam kesulitan?Bersabarlah..

Anda dalam kesulitan?Bersabarlah..

Bak kata orang,susah senang itu adalah asam garam kehidupan.Kadang-kadang kita senang,kadang-kadang kita susah.Masing-masing punyai masalah tersendiri.Masalah keluarga,masalah kewangan,masalah kerja dan bermacam masalah lagi.Kadangkala masalah itu menjadikan kita berputus asa untuk meneruskan kehidupan.Kita merasakan hidup kita seakan-akan hancur kerana mendapat kesulitan yang tiada jalan keluarnya.Jika anda berasa begitu,ingatlah Allah menurunkan dugaan dan ujian yang sesuai dengan kemampuan kita.Orang lain tidak menghadapi masalah itu kerana hanya anda yang mampu menghadapi ujian itu.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286 

Walaupun anda ada seseorang untuk meluahkan perasaan kerana tertekan menghadapi kesulitan,percayalah orang sekeliling hanya mampu membantu.Tapi jika anda mengadu kepada Allah,pasti Allah akan mendengar segala keluh kesah kita dan memperkenankan doa kita seterusnya memberi jalan keluar bagi segala kesulitan yang kita hadapi.

"..berdoalah kamu kepadaKu,nescaya akan Kuperkenankan bagimu..."
-Surah Al-Mu'minun ayat 60

Dengan Allah,kita boleh meluahkan segala yang terpendam tanpa rasa malu.Allah amat suka pada makhluknya yang suka berdoa padaNya.Janganlah terlalu bersedih ketika menghadapi kesulitan kerana kita tidak keseorangan.Ingatlah,Allah sentiasa bersama-sama kita.

"..janganlah kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama kita..."
-Surah At-Taubah ayat 40  

Sekiranya anda mempunyai kesulitan dan tidak menemui jalan keluar,bersabarlah.Bukankah Allah mengetahui apa yang terbaik buat kita?Jalan terbaik hanyalah bersabar dengan segala dugaan yang diberikan.Bukankah Allah telah menjanjikan kemudahan selepas kesulitan?

"Maka sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan."
-Surah al-Insyirah ayat 1-6


Oleh itu,bersabarlah ye.Jangan mudah berputus asa.Bukankah sabar itu sebahagian daripada iman?Berdoalah kepada Allah,insyaallah kesulitan anda akan menemui jalan penyelesaian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...