Welcome to DUNIAKU CERITAKU Official Blog. You can +Follow or go back +Dashboard
DUNIAKU.. CERITAKU..: INILAH AKU...SEORANG WANITA BIASA.........

INILAH AKU...SEORANG WANITA BIASA.........

Aku hanya wanita biasa.Tidak sempurna.Ada kekurangan dan kelebihan.Tiada kecantikan untuk dibanggakan.Tiada kepandaian untuk dipuji.Tiada keturunan diraja untuk dihormati.Hanya biasa-biasa sahaja.Ilmu agama juga masih senipis kulit bawang.Namun,aku bangga menjadi diriku.

Impian setiap wanita ialah mendapatkan pasangan yang terbaik untuk hidupnya.Aku juga seperti wanita lain.Menginginkan yang terbaik dan yang terindah.Kadangkala angan-angan ingin mengahwini orang kaya terluncur di bibir.Namun,percayalah,itu hanya angan-angan sewaktu kecilku.Aku hanya menginginkan lelaki yang beragama.Sebabnya senang sahaja.Aku inginkan pemimpin agar akhiratku terjamin.Aku tidak inginkan lelaki yang sempurna tetapi aku inginkan lelaki yang dapat melengkapkanku.Yang menerima aku apa adanya.Bukan bermakna aku menolak lelaki berharta.Ya,hidup ini perlu realistik.Hidup memerlukan duit.Namun,janganlah pasanganku nanti menjadi hamba kepada harta.Aku juga tidak mengharapkan kisah cinta yang agung.Kerana aku hanya insan biasa.Terlalu banyak kelemahan dalam diri.Cukuplah dicintai seadanya.Keluargaku adalah aku.Menerima aku bermakna si dia harus menerima keluarga aku seadanya.Ibu bapaku permata hatiku.Adik-adikku buah hatiku.Jangan disakiti hati mereka kerana menyakiti mereka bersamaan kau menyakiti hatiku.

Hidupku juga biasa sahaja.Bahagia ditemani rakan-rakan.Hidup sebagai bakal guru sangat mencabar tapi amat menyeronokkan.Pengalaman banyak mengajar erti kehidupan.Biasalah,menjadi lumrah kehidupan.Tidak semua orang akan berpuas hati dengan kita.Aku menjadi diri aku seadanya.Mencuba membuat yang terbaik.Kerana aku hanya manusia biasa.Tidak lepas dari melakukan kekhilafan.Aku juga bukan orang yang baik.Kadangkala tersasar dari jalannya.Namun,satu pesanan ibu bapaku amat kuingati.Jaga maruah diri dan agama sebaiknya walau dimanapun kau berada.Ya,hanya itu yang kupegang.

Aku bukan wanita hebat.Hanya biasa sahaja.Mencuba menempuh kehidupan yang banyak ranjaunya.Terlalu banyak kelemahan.Sehingga kadang kala aku merasa rendah diri.Air mata bukan bermakna aku lemah.Tapi kerana air mata adalah caraku meluahkan yang terbuku.Ya,itu caraku.Jadi,jangan hairan jika aku selalu menangis.

Cinta.Setiap orang perlukan cinta.Tapi,aku takut untuk mengenali CINTA lagi.Mungkin kerana takut untuk disakiti lagi.Mungkin kerana aku takut dipertemukan dengan orang yang salah.Mungkin juga kerana aku belum bersedia.Ya,aku masih muda.Masih mentah untuk mengenali erti CINTA .Yang pasti,cinta pada Ilahi pasti kekal abadi.Maaf pada yang menanti.Pintaku,kenalilah aku sedalamnya.Waktu yang ada ini,kenalilah aku.Jika aku bukan yang terbaik buat kamu,pergilah mencari yang lebih baik buatmu.Jika kamu yakin aku pasangan yang akan menemanimu sepanjang hayatmu,jadikanlah aku yang halal buatmu suatu hari nanti.Aku yakin,jika ada jodoh pasti takkan ke mana.Tapi,jodoh itu juga perlu dicari ye!Semuanya takkan datang bergolek..

Aku hanya ingin membuat yang terbaik untuk hidupku.Isteri solehah dan wanita solehah itu adalah gelaran yang ingin kupegang.Menjadi anak yang taat,menjadi guru yang berdedikasi.Menjadi yang terbaik untuk semua orang.Insyaallah.Masih mencuba berubah ke arah kebaikan.Terima kasih buat watak-watak yang hadir dalam hidupku.Ada yang menceriakan,ada yang melukakan,ada yang menjadi penyokong,ada yang menjadi pembangkang.Jutaan terima kasih kerana mewarnakan kehidupanku dan membuatkannya berwarna warni.Maaf andai ada yang tidak berpuas hati dengan diri ini.Aku hanya insan biasa.Syukur juga dipanjatkan buat Penciptaku kerana diberi peluang untuk terus merasai kehidupan.Tidak kupinta kalian memuja dan memandang tinggi ke arah aku,cuma hormati aku seadanya.Kerana aku juga punya hati dan perasaan.Rasa sedih bila dikeji,rasa sakit bila dimaki,rasa rendah diri bila dikutuk dan disakiti,rasa bangga bila dipuji,rasa bahagia bila ada yang mengambil berat.

Inilah aku...seorang wanita biasa....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...