Welcome to DUNIAKU CERITAKU Official Blog. You can +Follow or go back +Dashboard
DUNIAKU.. CERITAKU..: Ada apa dengan tiang,tapak,dinding,pintu & atap?

Ada apa dengan tiang,tapak,dinding,pintu & atap?

Assalamualaikum dan salam bertemu kembali.

Alhamdulillah,sudah sampai ke pertengahan Ramadhan.

Saya tertarik dengan kata-kata ibu(sepupu mama yang kupanggil ibu).


Dua kalimah syahadah adalah tapak
                                                                      Solat adalah tiang
Puasa adalah dinding
Zakat adalah pintu
Haji adalah atap

Kata-kata ibu itu cukup simbolik.Kita ini umpama sebuah bangunan.Tapak sahaja tidak cukup untuk membina bangunan.Atap,pintu dan dinding pula takkan mampu berdri tanpa adanya tiang.Sebab itulah dikatakan solat itu tiang agama.

Saya belum cukup baik untuk memberikan ceramah.Ini sekadar perkongsian bersama.Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri supaya menjadi bangunan yang kukuh.Apabila bangunan yang didirikan kukuh,segala bencana dan ribut taufan tidak mampu menggugat bangunan yang kukuh.

Marilah berfikir sejenak dan perbaiki diri.


p/s:Saya agak terharu melihat video ini.Salah satu yang saya suka ialah doanya."Ya Allah,janganlah kau tarik hidayah yang diberikan selepas kau memberinya".Semoga beliau terus berjuang di jalan Allah.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...