Welcome to DUNIAKU CERITAKU Official Blog. You can +Follow or go back +Dashboard
DUNIAKU.. CERITAKU..: Wanita umpama rama-rama

Wanita umpama rama-rama



Cuba anda lihat rama-rama..Cantik kan??Cuba anda tangkap &pegang sayap rama-rama itu.Kemudian,lihat pada jari anda.Warna &corak rama-rama itu telah berpindah ke jari anda.Sesudah itu,lepaskannya kembali ke udara.Siapa pun yang menangkapnya kembali tidak akan tertarik kepadanya lagi.Ia menjadi tiada harga untuk disimpan & dikagumi.





Rama-rama itu ibarat wanita.Ia indah untuk dipegang tetapi harganya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang haram hinggap di tubuhnya.Memang secara luarannya tiada apa yang kurang,namun harga diri & maruah sudah mula tercemar.Nilai keindahan seorang wanita terletak pada ketulenan tubuhnya tatkala dia didampingi oleh suaminya.Hak anda adalah memelihara kehormatan diri.Jikalau rama-rama itu tahu ia cantik & sentiasa memukau pandangan manusia,sudah tentu dia tidak akan terbang ke sini ke sana kerana takut akan sasaran manusia.Begitulah juga wanita.Jika anda tidak tahu bahawa kehormatan diri anda menjadi sasaran terpenting sang penceroboh,anda ibarat seekor rama-rama yang tidak sedar diri sedang diancam bahaya.Mahalkanlah harga diri anda.Semakin sukar anda dimiliki,semakin mahal di mata lelaki.Lelaki perosak hanya ingin memilikimu tetapi tidak mahu setia apatah lagi melindungi kita sebagai insan yang lemah.Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna .Nilai anda bukan terletak kepada ramai lelaki yang memiliki anda,tapi ianya terletak pada kekuatan anda dalam menjaga kehormatan diri anda untuk dipersembahkan kepada suami suatu masa nanti.

Telah tercatat di Luh Mahfuz nama lelaki untukmu.Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu...jika kau teguh di atas jalan yang diredhai,insyaallah si dia turut berada di jalan yang sama.Lupakanlah segala kegundahan,teguhkan diri pada CINTA HAKIKI,insyaallah cinta lelaki soleh akan kau miliki..

"Duhai wanita solehah,jgn risau akn jodohmu
krn muslimin yg bijaksana itu tak terpaut pd wanita hnya pd
kecantikan/lirikan manja,pd
...bicara manja yg m'goda,pd
pujuk rayu yg meruntuhkan
imannya.Sesungguhnya lelaki
itu pemimpin pd wanita.Andai
belum sampai
jodohmu,anggaplah lelaki itu
sdg mbina kepimpinannya bg memimpinmu, krn pd wanita
itu pasti ada kekurangannya &
lelaki yg benar-benar layak pasti hadir utk melengkapkan
dirimu"

Lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik

p/s:artikel ni diambil dari nota seorang kawan utk dikongsikan bersama..Hayatilah...semoga kita dapat menjadi rama-rama yang indah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...