Welcome to DUNIAKU CERITAKU Official Blog. You can +Follow or go back +Dashboard
DUNIAKU.. CERITAKU..: Kalaulah.....

Kalaulah.....

Salam perkenalan.Dah lama sebenarnya niat di hati ingin memiliki blog sendiri tapi baru hari ini aku berjaya membuatnya.Aku gelarkan diriku sebagai puteri dandelion.Mungkin kerana aku teringin menjadi seperti seorang puteri dan bunga dandelion.Ingin aku khabarkan satu cerita mengenai diri aku sendiri.Sebagai manusia biasa,aku seperti insan lain yang tidak pernah merasa puas dengan apa yang aku miliki.



Kehidupanku yang dikelilingi dengan insan yang lebih bertuah dan cantik menjadikan aku seorang yang berasa rendah diri dengan diriku.Kadangkala aku terfikir "kalaulah aku cantik","kalaulah aku ini keturunan diraja" dan bermacam "kalau" yang bermain di benakku.Kehadiran orang sekeliling yang membandingkan aku dengan orang lain membuatkan aku tidak suka akan diriku.



Entah mengapa tadi aku tergerak hati ingin membaca Diari Islam pemberian bapaku.Aku terkedu seketika ketika membaca sebuah hadis:



Hadis Sahih Muslim,daripada Abu Hurairah ra,katanya Rasulullah saw bersabda:



Orang mukmin yg kuat adalah lebih baik & lebih dikasihi Allah drpd orang mukmin yg lemah.Masing-masing ada mempunyai kebaikan.Bersungguh-sungguhlah ketika mengerjakan sesuatu yg berguna (di dunia & akhirat) & hendaklah selalu meminta pertolongan drpd Allah & jgn berasa lemah,yakni putus harapan atau merasa hampa.Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini & begitu":akan tetapi katakanlah "Takdir Allah dan Allah berbuat sekehendakNYA".Sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanya membukakan jalan bg syaitan utk berbuat sesuatu.

Hadis ini membuatkan aku bermuhasabah diri seketika.Betapa aku tidak mensyukuri nikmat yang aku ada.Walaupun aku tidak secantik insan lain,sekurang-kurangnya aku dilahirkan sempurna.Walaupun aku tidak dilahirkan dlm keluarga yg kaya,namun aku tidak pernah merasa susah sehingga sukar untuk makan.Walaupun aku tidak dilahirkan dlm keluarga diraja,tapi aku bahagia di samping ibu bapa yang sentiasa memenuhi permintaanku & di samping adik2 yg menceriakan hidupku dgn kerenah mereka.Aku juga bahagia kerana aku akan menjadi insan yg mendidik anak bangsa.Aku juga dikelilingi dengan ramai rakan membuatkan aku belajar erti kehidupan.Betapa besar nikmat yg Allah kurniakan padaku yg mungkin ingin dimiliki insan lain.Kini,aku sedar jika kita mensyukuri nikmat yang kita ada,kehidupan kita akan menjadi indah.Kita pula akan merasa tidak puas dengan kehidupan kita kerana kita tidak mensyukuri nikmat yg kita ada & mengikut nafsu.

Muhasabah diri kita & kita akan lihat betapa beruntungnya kita jika dibandingkan dengan insan lain.Fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...