Welcome to DUNIAKU CERITAKU Official Blog. You can +Follow or go back +Dashboard
DUNIAKU.. CERITAKU..: Izinkan aku bercerita tentangnya..

Izinkan aku bercerita tentangnya..












Entah kenapa setelah lama menyepi,aku ingin menulis kembali.Entah bagaimana ingin aku mulakan.Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Namun,kerana gembira dengan sebuah pertemuan,aku menjadi lupa akan hakikat sebuah perpisahan.Bila perpisahan itu tiba dalam keadaan aku tidak bersedia,aku jadi parah.

Ketika perpisahan itu terjadi,aku jadi tidak keruan.Mulut senang mengatakan bahawa aku redha melepaskannya tapi hakikatnya hatiku parah merinduinya.Ketika itu,aku mencari punca perpisahan ini.Aku mencari sesuatu untuk disalahkan.Namun,semua yang berlaku itu akhirnya berbalik kepada Allah.Semua ini berlaku dengan keizinan Allah.Apakah aku sebenarnya menyalahkan Allah di atas apa yang terjadi?Aku beristighfar sendiri.

Berkali kupujuk hati ini untuk melupakannya.Kadangkala aku kuat,kadangkala aku jadi lemah.Bila aku lemah,aku mula mempersoalkan apa yang terjadi.Namun,Allah maha Mendengar rintihan hambanya.Allah memberikan jawapan yang aku mahu melalui perantara.Kadangkala topik-topik yang dibicarakan di blog tertentu seperti memberi jawapan yang aku inginkan.

Ya,aku tahu melupakan seseorang yang disayangi itu bukannya mudah tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil,kan?Kadangkala kita sudah berusaha mengusir kenangan itu,tapi ia datang juga.Pabila itu berlaku,banyakkan membaca al-Quran dan mengadulah pada Allah supaya penderitaan itu dikurangkan.Ia agak sukar pada mulanya,tapi percayalah luka itu akan sembuh dimakan waktu.

Bila aku mengimbas kembali masa lalu,aku jadi malu dengan diriku sendiri.Bodohnya aku merayu pada yang tak sudi.Jahilnya aku mengucapkan sayang pada lelaki yang belum bergelar suamiku.Aku mencari hikmah yang tersirat kerana aku yakin setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.Aku mengambil masa yang agak lama untuk menerima hakikat perpisahan dan cuba bermuhasabah diri.

Apa yang aku pelajari dalam perkara ini?Banyak sekali kesilapan yang aku lakukan yang baru kusedari.Aku manusia biasa yang kadangkala terleka.Allah memberi ujian kepada kita kerana Allah sayangkan kita.Aku sedar aku terleka dengan cinta manusia.Allah memberi,Allah juga berhak mengambilnya.Bila cinta pada manusia melebihi cinta padaNYA,Allah tarik balik nikmat yang DIA berikan.Ia juga menyedarkan aku bahawa hanya cinta ilahi yang kekal abadi.

Aku merasakan dialah jodoh terbaik buatku sehinggakan aku terlupa aku hanya manusia biasa yang terbatas pengetahuannya sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buatku.Oleh kerana aku merasakan dia jodohku,aku meletakkan sepenuh hati padanya.Bila ia pergi,seluruh hatiku kosong dibawa pergi.Benarlah kata orang,jika kita mencintai seseorang,jangan cintainya sepenuh hati dan tinggalkan sedikit ruang untuk diri kita sendiri,kerana jika kita dikecewakan masih ada ruang di hati kita yang belum hancur.Itu hanya perumpamaan.(^___^)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[2:216]

Aku akui aku agak tertekan ketika itu sehinggakan aku pernah menyuarakan hasrat untuk meminta air  daripada seorang ustaz supaya dapat melupakan dia kepada seorang teman.Kata-kata seorang teman menyedarkan aku.Dia berkata jika memang dia jodohku dan aku benar-benar sudah melupakan dia kerana air tersebut,bagaimana?Dia berkata aku hanya perlu terima semua ini dengan hati terbuka dan sabar menempuhi hari mendatang.Mungkin juga dia memang jodohku tetapi masanya belum tiba.Kita tak tahu apa yang terjadi di masa hadapan.Baiknya Allah kerana memberikan teman-teman yang sentiasa berada di sisi di saat aku gembira mahupun duka.Sesungguhnya,aku tidak sendirian menghadapi ujianNYA.

Aku sedar Allah memberikan ujian ini kepadaku kerana aku memang mampu untuk menempuhinya.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 

- Surah Al-Baqarah ayat 286 

Bila aku imbas kembali,benarlah ujian itu diturunkan oleh Allah kerana hambaNYA telah jauh dariNYA.Dengan hanya memberi ujian,hambaNYA kembali dekat denganNYA.Ujian ini menyedarkan aku hanya Allah tempat sebaik-baik pengaduan.Bila tiada jalan keluar,aku kenal erti redha dan tawakal.Hanya Allah yang mampu memberi jalan keluar bagi setiap permasalahan hambaNYA.Bila ditimpa ujian sebegini,aku tidak jemu bangun malam untuk mengadu padaNYa.Aku pernah meminta kepada Allah supaya dia kembali kepadaku,tapi aku sedar Allah memberikan kita apa yang kita perlukan,bukannya apa yang kita kehendaki.

"..berdoalah kamu kepadaKu,nescaya akan Kuperkenankan bagimu..."
-Surah Al-Mu'minun ayat 60

"..janganlah kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama kita..."
-Surah At-Taubah ayat 40  

"Maka sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan."
-Surah al-Insyirah ayat 1-6

Aku tidak menyalahkan sesiapa atas kehilangan ini.Walaupun ia pahit,sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan aku suatu ketika dahulu.Ia pergi atas sebab tertentu yang mungkin tidak dapat dirungkaikan.Ia umpama satu babak dalam satu cerita kehidupan.Ianya pengalaman yang mengajar aku tentang kehidupan.Apa yang penting,segalanya berlaku dengan keizinan Allah.Pasti ada sesuatu yang Allah ingin aku pelajari dalam setiap ujian yang diberiNYA.

Kuceritakan kisah ini bukanlah untuk meminta simpati tetapi untuk perkongsian bersama.Mungkin ketika ini ada yang mengalami perkara yang sama seperti aku.Jika anda putus kasih,usah berduka.Carilah hikmah di sebalik kejadian.Mengadulah pada Allah kerana Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambanya.Terimalah ia dengan redha kerana hanya dengan itu hati kita akan tenang dan mudah untuk melepaskannya.Bila tiada jalan keluar,serahkan urusan itu kepada Allah dan bertawakallah.Sabar itu pahit tapi kita akan temui kemanisannya di akhirnya.Janganlah risau tentang jodoh kerana ia akan datang bila tiba masa dan waktunya.Bersabarlah menunggu jodoh dari Allah.Jika benar ia jodoh kita,ia pasti kembali.Jika dia tidak kembali,anggaplah Allah menghilangkannya dari hidup kita untuk menggantikan seseorang yang lebih baik dan sesuai untuk kita.


Di sini aku sertakan beberapa link yang aku sebutkan di atas.Mungkin ia sedikit membantu sesiapa yang sedang dilanda kesedihan.

Aku masih mencari kekuatan supaya aku terus kuat menghadapi kehilangan ini dengan hati yang redha.Doakan aku tetap pada pendirian yang telah kutetapkan dan kuat menghadapi segala dugaan dariNYA.Doakan juga semoga jodohku dipercepat dan dipermudahkan.Amin.Apa yang aku cuba lakukan sekarang ialah mempersiapkan diri untuk menjadi wanita yang lebih baik demi bakal suamiku nanti.




p/s:Maaf jika entri kali ini terlalu panjang.Moga entri ini memberi manfaat kepada yang membacanya.Amin.

2 comments:

  1. cinta manusia mmg sentiasa ada dugaannya. cinta pada Allah sepenuh hati insyaAllah, cinta yang lain akan menyusul . cewahh, mcm ustajaaah plak ^^

    ReplyDelete
  2. thanks..u are right..semoga kita bertemu jodoh yg ditentukan Allah..amin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...